Wednesday 6 March 2013

LEMBARAN KERJA PENULISAN TAHUN 2

Soalan BM Bahasa Melayu Penulisan Tahun 2 by sasauball

RPH TAHUN 1 PEMULIHAN


1.0         RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PEMULIHAN

Kelas                         : 1 Hebat (Pemulihan)
Pembelajaran          : Bahasa Malaysia
Hari                            : Selasa
Tarikh                        : 5 Mac 2012
Masa                          : 8.00 pagi – 9.00 pagi
Bilangan Murid       : 8 (4 lelaki, 4 perempuan)
Tajuk                         : Alam Kita
Kemahiran               : Menyebut perkataan mengandungi dua suku kata
Pengetahuan sedia ada   :
1.    Murid pernah melihat alam sekeliling mereka
Hasil Pembelajaran :
      Fokus utama :
Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat
Aras 1
iii – Menerangkan fakta dan mesej yang terdapat dalam bahan
      Fokus sampingan :
Bercerita menggunakan kata, frasa dan ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas

Aras 1
ii - Menyampaikan rentetan peristiwa yang berlaku di luar lingkungan persekolahan.
Objektif pelajaran   : Pada akhir pelajaran murid dapat,
1.    Menyatakan kembali benda-benda di sekeliling mereka yang telah dipelajari dengan jelas.
2.    Menyebut setiap perkataan yang telah dipelajari dengan betul.
Penggabungjalinan isi kandungan :
1.    Pendidikan seni – Mewarna
Penerapan nilai :     Tolong-menolong, baik hati, kasih sayang, bekerjasama, tekun
Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran :
Power point, lembaran kerja, slaid gambar tunggal, video

Langkah / masa
Isi kandungan
Aktiviti P&P
Catatan
Set induksi (5 minit)
Tayangan slaid gambar tunggal tentang alam sekitar ( lampiran 1)
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Cadangan soalan :
1.    Apa yang kamu faham dari gambar ini?
2.    Pernahkah kamu melihat kawasan ini, Dimana?
3.    Pernahkah kamu ke tempat sebegini?
4.    Apakah yang terdapat di kawasan ini?
Cadangan jawapan :
1.    Hutan
2.    Ya. kampung saya.
3.    Ya./ Tidak
4.    Semut, burung, dan haiwan-haiwan lain
1.    Guru menayangkan gambar alam sekitar dan bersoal jawab dengan murid
2.    Murid menjawab soalan guru dengan baik
3.    Guru menyatakan tajuk pelajaran pada hari tersebut



Strategi : Pemusatan guru dan murid

Teknik : soal jawab

BSPP : Slaid gambar tunggal (lampiran 1)


:Langkah 1 (15 minit)
1.    Tayangan video “Semut dan Burung”

1.    Guru menayangkan video Semut dan Burung
2.    Guru bercerita berdasarkan video yang ditayangkan
3.    Murid diperkenalkan beberapa perkataan
4.    Murid membentuk kumpulan dan berbincang tentang perkataan yang diberi
5.    Guru menjelaskan setiap suku kata yang terdapat dalam perkataan tersebut
Strategi : pemusatan guru, pemusatan murid

Teknik : Bercerita

Nilai : kasih sayang, bekerjasama

BSPP : video (lampiran 2)
Langkah 2 ( 15 minit)
1.    Tayangan power point permainan bahasa

a)    Ayuh Bercerita
b)    Kenali Cerita
c)    Bijak Kata
 
1.    Murid ditayangkan slaid mengandungi cerita secara bergambar.
2.    Murid dikehendaki menyatakan isi cerita berdasarkan slaid yang ditayangkan (Ayuh Bercerita).
3.    Murid memadankan gambar dengan isi cerita dalam power point (Kenali Cerita)
4.    Murid memadankan pasangan suku kata yang betul dalam power point dan menyebutnya secara individu dan beramai-ramai (Bijak Kata).
Strategi : pemusatan murid

Teknik : Bercerita


Nilai : kerjasama

BSPP : power point
Langkah 3 (20 minit)
1.    Lembaran kerja
-       Lampiran 4,5,6,7
Pemulihan : Lembaran 1
-       Lengkapkan suku kata awal
Pemulihan : Lembaran 2
-       Lengkapkan suku kata akhir
Pemulihan : Lembaran 3
-       Padankan suku kata mengikut warna
Pengayaan: Lembaran 4
-       Membina rangkai kata mudah
1.    Murid melengkapkan perkataan dengan mengisi suku kata awal
2.    Murid melengkapkan perkataan dengan mengisi suku kata akhir.
3.    Murid memadankan suku kata berdasarkan warna yang betul.
Pengayaan :
1.    Murid membina rangkai kata mudah daripada perkataan yang diberi.
Strategi : pemusatan murid, berasaskan bahan

Teknik : latih tubi



Nilai : tekun

BSPP : lembaran kerja 4,5,6,7
Penutup (5 minit)
1.    Penutup kognitif
2.    Penutup sosial
-       Pantun
Kalaulah ada sumur di ladang,
Bolehlah kami menumpang mandi,
Kalaulah ada umur yang panjang,
Semoga kita berjumpa lagi
1.    Guru meminta murid menyatakan pemerolehan pada hari tersebut
2.    Guru memberi peneguhan kepada murid-murid
3.    Guru berpantun sebagai penutup kepada pembelajaran pada hari tersebut
Strategi : pemusatan guru, pemusatan murid

Teknik : soal jawab

Nilai : tolong menolong, kasih sayang, bekerjasama,

KUIZ PENJODOH BILANGAN

Penjodoh Bilangan - Tahun 2

Penjodoh Bilangan - Tahun 2

Bahasa Melayu

Baca, fahamkan dan klik pada jawapan yang betul.